Friday 15 February 2013

The Best Business Ever

Bismillah Allahuakbar... Alahamdulillah, Rabb Al Arsy Al Adzim....
Tiada Tuhan yg layak di sembah melainkan Allah...
Nabi Muhammad, yang daku cintai, Pesuruh Allah, utusanNya...  Selawat dan salam ke atasnya...

Assalamualaikum... bertemu lagi dalam penulisan tidak berdakwat ini... Alhamdulillah....
 so, saya nak tanya pada sekalian pembace... Inginkah anda, jika saya beritahu suatu rahsia, bagaimana kita ni, manusia ataupun jin, boleh selamat daripada azab siksa di akhirat kelak? haa, mesti nak kan?? sape je yg xnak... InsyaAllah, semua mesti nak, mesti ambik bahagian...

k. perkare ni, telah disebutkan oleh Allah, dalam KalamNya, Alquran yg Mulia, dalam surah... AsSaff...
pada ayat ke 10... perhatikan... yg ade tafsir, leh semak dalam tafsir... yer?

Allah berfirman; Wahai org2 yg beriman, mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan, yg boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yg tidak terperi sakitnya?- AsSaff, 10.

Allah Ta'ala berfirman; Iaitu, dengan kamu beriman kepada Allah, dan RasulNya, dan berjuang(berjihad) pada jalan Allah, dengan harta kamu, dan diri kamu, dan yg demikian itu, adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui(hakikat sebenarnya).- AsSaff, 11.

Alhamdulillah... benarlah kata2 Allah yg Maha Agung....

hadirin hadirat, tuan2 yg dimuliakan Allah, insyaAllah... maka di sini dapatlah kita perhatikan.... hidup ini mudah... Allah tetapkan jalan, dan ianya, dah dibentangkan di hadapan kita...
Nak lepas dari azab siksa? sahut seruan Allah tersebut... Beriman dgn Allah, dan RasulNya. Berjihad. Jihad, dgn harta dan diri kita. InsyaAllah, ganjaran dan balasan semua milik Allah...

sesungguhnya saya cuma pemberi ingatan... segala ilmu, itu milik Allah... k... harap, x menyinggung mane2 perasaan... harap post ini menyenangkan...


Saturday 9 February 2013

...

walau benar indahnya cinta, walau lancar menutur kata, walau madah meneman bicara, walau hati memang suka, walau terpisah jiwa merana, walau hanyut dengan pesona,
sesungguhnya...
ia tak menjamin bahagia. Hanya cinta, cintakanNya, menjamin syurga.
kuletakkan dirimu selepas diriNya. kusematkan cintaku, demi cintaNya. kupelihara rasaku, untuk kita. ku pendam pedih, walau terhiris luka. kerna ku tak mampu, menahan jiwa,
menahan gelora.
Mujahadahlah,
wahai cinta, wahai jiwa, melawan sukma.sekarang, belum waktu dan tikanya. bukan salah menyemai rasa, tapi bukan bersuka ria. Hanya untuk melayar bahtera!
tetapi,
membina maharnya, mahar yang tidak ternilai.
Maharnya, bukan sekadar gunung khayalan, bukan istana bayangan. Mahar, bukan layunya mawar.

Monday 4 February 2013

Sedekah . . .

Bismillah... Assalamualaikum.. alhamdulillah, dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W, keluarganya, serta sahabatnya....

haa... arini nak kongsi ckit berkenaan, apa yg ana dengar di surau Al-Kautsar, Tenglu, Mersing...

Sedekah... sedekah itu satu perkare yg mane termasuk dalam kategori ibadah... sedekah berlaku antare dua pihak. sedekah bisa berupa wang, atau makanan, atau apa2 sahaja yg baik.

haa... yg pentingnya, fadhilat sedekah tuu... kenapa? sebab, sedekah ni ibadah yg memerlukan pengorbanan. Maka bila kita tahu fadilat sedekah, kitta akan mudah untuk beramal.
antara yg ana dapat, sebagaimana hadis yg mengatakan, lebih kurang begini, bahawa setiap di pagi hari, akan ada dua malaikat yg akan berdoa kepada Allah. Malaikat yg pertama akan mendoakan kesejahteraan kepada org2 yg bersedekah, manakala yg kedua akan mendoakan kecelakaan bagi mereka yg menyimpan harta mereka di dunia ini untuk kepentingan diri mereka sendiri. itulah.

Dan lagi, ana nak bawak satu lagi rahsia dalam beramal ni.... bahawa sedekah itu boleh dijadikan wasilah antaree hamba da Rabbnya. Bagaimana tu?
Pernah dengar kisah 3 org yg terperangkap di dalm gua? haa, begitulah keadaannya wasilah. wasilah itu, perhubungan. Maka maksudnya, kita memohon sesuatu hajat dgn menggunakan medium wasilah, iaitu sedekah. ianya dibolehkan.

Kerana itu, jika kita sakit, maka, cepat2lah dan banyak2lah bersedekah....yer?

dan Allah itu lebih Mengetahui, lagi Maha Mengetahui.........

sedekah membawa barakah.... di sisi Tuhanmu itulah pahalanya tersedia... MasyaAllah...