Saturday 16 August 2014

Cakna dari Tuhan

assalamualaikum...
Alhamdulillah a'la Rabbi A'la
wa shollu a'la nabiyihi s.a.w wa a'la aalih..

salam 16 ogos... lama sudah tidak mnulis entri. sikit bnyak trgendala atas asbab2 yg tdk trelak..
kali ni, tiada yg special nk dkongsi, cuma racikkn cerita hidup ana sendri...
sudiknlh mnjamu kata...
Bismillah

17 hrbln, tarikh keramat.. hilgnya byg insan, yg bgi ku amat aku senangi... tingkahnya, lakunya, geraknya, seiring sama.. dia lahir setahun lewat dariku.. ibu bapa berbeza, tapi kami umpama adik beradik... seakan2 kembar pula.. ��
kemana2 kami brsama... mostly... kongsi cerita, suka duka, mandi sama, tidur, main, solat, ngaji... semua sama2... hatta, masuk pondok pun sama2... girang itu hinggalah mencecah umur matang... spnjg itu, dia amat patuh pd seniornya ni... apa aku buat, itu dia ikut... haha
dia bayangku...
sampai 17 tarikh itu, Ilahi mnjmput nya, pd usia 18 tahun... tibanya aku, seusai pgebumian jnzh... tp, aku redho, kerna dia slalu dlm doaku...
kini, 6 buln, ditingglkn... hanya kngn jdi teman... smoga dikau dtemptkn d klgn org2 beriman...
Muta'ali Ruzaidi

hidupnya, telah Tuhan cakna sedemikian rupa. makalah, apa aku hamba ini bisa melawan yg Kuasa?
al-Fatihah

smoga kita sama2 bljr hargai insan2 sekeliling... ambil kisah dri mereka, sblum Tuhan ambil mereka dri kita....
selamanya...

-sesungguhnya mati itu benar-

Monday 18 November 2013

terasing

Kun A’aliman, au muta’alliman, au mustamia’n, au muhibban. Wala takunil khaamisan, FATAHLIK! – au kama qaal Rasulullah S.A.W

Yang di atas ini merupakan  hadis Rasululah S.A.W yang mana ada di antara kita sangat-sangat familiar dengan hadis ni. Saya bukanlah ulama’ hadis yg mahu sewenang2nya merungkai, menterjemahkan hadis ini dari pelbagai sudut, tetapi, hanya sebagai perkongsian.
Maksud yang boleh diterjemahkan, lebih kurang begini;
Jadilah kamu orang yg berilmu, atau
orang yang menuntut ilmu, atau
orang yang mendengar akan ilmu, atau
orang yang cinta akan ilmu.
Dan pada akhir bait hadis ini, maksudya;
Dan jangan jadi (golongan) yg kelima,
Kamu akan binasa.
Wa Allahu A’lam.

Alhamdulillah. Jadi, atas landasan perkongsian ini, kite hendaklah melihat, bahawa, ada terdapat klasifikasi terhadap manusia berkaitan dengan ilmu pengetahuan.
Terdapat beberapa golongan yg zahirkan, iaitu pertama, golongan yg berilmu. Kedua, golongan yg menuntut ilmu. Ketiga, golongan yang mendengar akan ilmu. Keempat, golongan yang cinta akan ilmu. Dan kelima, golongan yang special. Yang saya highlight kan kat sini ialah, golongan yang special tu. Haa, boleh perhatikan ye, highlighted word tersebut.

Apa yang special sangat pasai golongan kelima nie???

Haa, ni nak habaq nie….

Golongan ini merupakan golongan yg terasing. Tak kira lah samaada mereka sengaja mengasingkan diri, atau mereka terasing, atau mereka makhluk asing sekalipun. What’s the worse about this people is, andai mereka tetap dalam golongan mereka ini, maka, disebutkan dalam hadis bahawa, mereka akan binasa.

The question is, why?....

Muzakkir: Asbab terasingnya mereka daripada ilmu. Mereka asing dari empat golongan2 yg pertama.  
Person1: laa, tuu jee?
Muzakkir: J.

Ya, mungkin banyak lagi sebab, tapi inilah yang terzahir pada pemahaman saya.(saudara, apa pun yang anda baca, ianya perlukan tapisan daripada pihak saudara)
Saya ulangi ye, saya ni bukan ahli hadis(pakar).

The question is, why?....

Saudara, “awwaluddin, ma’rifatullah” –bermulanya Diin itu, dgn mengenali Allah.
Ma’rifah, hasil dari root word a’rafa, yang maksudnya, tahu. Tahu itu, equal to, sama maksudnya, bilamana we got the knowledge, bilamana kita mempunyai ilmu.
Harap jelas kaitan antara ilmu, dan pentingnya terhadap agama. Tanpa ilmu, kita takkan tahu. Tanpa pengetahuan, kita adalah jahil.

So, FASTABIQUL KHAIRAAT!!!!! Berkejar2lah  melakukan amal kebaikan. Jangan kita tersesat dalam kabur keterasingan.

Doa banyak-banyak.
Jaga hati.
Jaga iman.
Jaga amal.

Saya ulangi, saya bukan ahli hadis(pakar),
Cuma Muzakkir. J


Teringat akan satu quote nie;
 The meaning of study is when we manage to change. We change from know nothing, to know something.

Alfatihah buat guru yg telah mengungkapkan kata2 diatas. Semoga Allah beri yang terbaik buat dirinya. Amiin. 

Friday 15 February 2013

The Best Business Ever

Bismillah Allahuakbar... Alahamdulillah, Rabb Al Arsy Al Adzim....
Tiada Tuhan yg layak di sembah melainkan Allah...
Nabi Muhammad, yang daku cintai, Pesuruh Allah, utusanNya...  Selawat dan salam ke atasnya...

Assalamualaikum... bertemu lagi dalam penulisan tidak berdakwat ini... Alhamdulillah....
 so, saya nak tanya pada sekalian pembace... Inginkah anda, jika saya beritahu suatu rahsia, bagaimana kita ni, manusia ataupun jin, boleh selamat daripada azab siksa di akhirat kelak? haa, mesti nak kan?? sape je yg xnak... InsyaAllah, semua mesti nak, mesti ambik bahagian...

k. perkare ni, telah disebutkan oleh Allah, dalam KalamNya, Alquran yg Mulia, dalam surah... AsSaff...
pada ayat ke 10... perhatikan... yg ade tafsir, leh semak dalam tafsir... yer?

Allah berfirman; Wahai org2 yg beriman, mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan, yg boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yg tidak terperi sakitnya?- AsSaff, 10.

Allah Ta'ala berfirman; Iaitu, dengan kamu beriman kepada Allah, dan RasulNya, dan berjuang(berjihad) pada jalan Allah, dengan harta kamu, dan diri kamu, dan yg demikian itu, adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui(hakikat sebenarnya).- AsSaff, 11.

Alhamdulillah... benarlah kata2 Allah yg Maha Agung....

hadirin hadirat, tuan2 yg dimuliakan Allah, insyaAllah... maka di sini dapatlah kita perhatikan.... hidup ini mudah... Allah tetapkan jalan, dan ianya, dah dibentangkan di hadapan kita...
Nak lepas dari azab siksa? sahut seruan Allah tersebut... Beriman dgn Allah, dan RasulNya. Berjihad. Jihad, dgn harta dan diri kita. InsyaAllah, ganjaran dan balasan semua milik Allah...

sesungguhnya saya cuma pemberi ingatan... segala ilmu, itu milik Allah... k... harap, x menyinggung mane2 perasaan... harap post ini menyenangkan...


Saturday 9 February 2013

...

walau benar indahnya cinta, walau lancar menutur kata, walau madah meneman bicara, walau hati memang suka, walau terpisah jiwa merana, walau hanyut dengan pesona,
sesungguhnya...
ia tak menjamin bahagia. Hanya cinta, cintakanNya, menjamin syurga.
kuletakkan dirimu selepas diriNya. kusematkan cintaku, demi cintaNya. kupelihara rasaku, untuk kita. ku pendam pedih, walau terhiris luka. kerna ku tak mampu, menahan jiwa,
menahan gelora.
Mujahadahlah,
wahai cinta, wahai jiwa, melawan sukma.sekarang, belum waktu dan tikanya. bukan salah menyemai rasa, tapi bukan bersuka ria. Hanya untuk melayar bahtera!
tetapi,
membina maharnya, mahar yang tidak ternilai.
Maharnya, bukan sekadar gunung khayalan, bukan istana bayangan. Mahar, bukan layunya mawar.

Monday 4 February 2013

Sedekah . . .

Bismillah... Assalamualaikum.. alhamdulillah, dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W, keluarganya, serta sahabatnya....

haa... arini nak kongsi ckit berkenaan, apa yg ana dengar di surau Al-Kautsar, Tenglu, Mersing...

Sedekah... sedekah itu satu perkare yg mane termasuk dalam kategori ibadah... sedekah berlaku antare dua pihak. sedekah bisa berupa wang, atau makanan, atau apa2 sahaja yg baik.

haa... yg pentingnya, fadhilat sedekah tuu... kenapa? sebab, sedekah ni ibadah yg memerlukan pengorbanan. Maka bila kita tahu fadilat sedekah, kitta akan mudah untuk beramal.
antara yg ana dapat, sebagaimana hadis yg mengatakan, lebih kurang begini, bahawa setiap di pagi hari, akan ada dua malaikat yg akan berdoa kepada Allah. Malaikat yg pertama akan mendoakan kesejahteraan kepada org2 yg bersedekah, manakala yg kedua akan mendoakan kecelakaan bagi mereka yg menyimpan harta mereka di dunia ini untuk kepentingan diri mereka sendiri. itulah.

Dan lagi, ana nak bawak satu lagi rahsia dalam beramal ni.... bahawa sedekah itu boleh dijadikan wasilah antaree hamba da Rabbnya. Bagaimana tu?
Pernah dengar kisah 3 org yg terperangkap di dalm gua? haa, begitulah keadaannya wasilah. wasilah itu, perhubungan. Maka maksudnya, kita memohon sesuatu hajat dgn menggunakan medium wasilah, iaitu sedekah. ianya dibolehkan.

Kerana itu, jika kita sakit, maka, cepat2lah dan banyak2lah bersedekah....yer?

dan Allah itu lebih Mengetahui, lagi Maha Mengetahui.........

sedekah membawa barakah.... di sisi Tuhanmu itulah pahalanya tersedia... MasyaAllah...

Thursday 31 January 2013

esok...

Bismillah..  qala arRasul, innamal a'maalu binniyaat.. au kama qaal..

Alhamdulillah... sepanjang bercuti spm nih, saye sudah beberapa kali menjenguk jenguk ke sekolah... x dinafikan, rindu zaman persekolahan dulu. haish....

apepown! esok, adalah hari jumaat.. penghulu segala hari... maka, wasiat saye, untuk diri saye dan sume kaum Adam, marilah kita siapkan diri menghadapi hari esok ..... yer? ok... itu sahaje utk hari jumaat esok.

k, semoge kita djiberi kefahaman dlm beragama...

semoga umur tidak di luakkan lagi, agar sesaat walau, esok, dpt di miliki agar sempat ku pohon taubat diri..... Amiiin.





Tuesday 29 January 2013

innama anta Muzakkir! - sesungguhnya kamu pemberi peringatan!

firman Allah.....

"...Fa zakkir, innamaa anta muzakkir..." 
maka berilah peringatan, sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan     
ayat 21 surah Al-Ghasyiyah